WAWASAN/MATLAMAT SEKOLAH
Matlamat SMK Saribas adalah untuk membolehkan pelajar, guru, dan kakitangan sekolah
menghayati dan mengamalkan semangat kesepunyaan dan kekitaan bagi mewujudkan budaya sekolah yang sentiasa memberi penekanan
kepada kecemerlangan.
VISI
Visi SMK Saribas adalah ke arah menjadikan sekolah ini sebagai
sebuah sekolah penyayang, contoh dan terunggul di Malaysia dalam bidang akademik dan kokurikulum yang diperkaya dengan semangat
kesepunyaan dan kekitaan.
MISI
Misi SMK Saribas adalah berusaha untuk
menyediakan pelbagai keperluan dan kemudahan sekolah yang mencukupi dan terkini bagi mewujudkan budaya kerja dan budaya belajar
yang cemerlang untuk memenuhi suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Usaha yang berterusan ini bertujuan untuk
melahirkan insan yang bersikap positif dan berilmu pengetahuan bagi meningkatkan lagi pencapaian sekolah dalam bidang akademik
dan kokurikulum.